Home About MyTOURS Contact Us FAQ Register Now!

News

05 August 2008 - Tempahan bersepadu talian pelancongan di MyTOURS

Creative Advances Technology Sdn Bhd (CAT), melancarkan system tempahan Bersepadu Dalam Talian Pelancongan Malaysia
atau MyTOURS, iaitu platform e-perniagaan pelancongan bersepadu.

Sistem itu menggabungkan agensi kerajaan, pelbagai sector dalan industri pelancongan dan pengguna. Platform dalam
talian ini termasuk penggunaan komponen-komponen seperti Hotels2Go dan Flights2Go yang menghubungkan keseluruhan agensi pelancongan dan rangkaian pembekal dalam industri itu.

CAT yang membangunkan VirtualMalaysia.Com-portal rasmi e-pelancongan bagi Kementerian Pelancongan menjangkakan
300 agen pelancongan, penerbangan akan menyertai platform MyTOURS ini.

CAT, penerima geran pembangunan daripada MSC Malaysia, telah mencipta MyTOURS sebagai sebahagian daripada rancangan MSC Malaysia untuk membangunkan prasarana e-perniagaan kebangsaan yang membantu memacu dan menerajui perniagaan Malaysia ke dalam e-ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badishan Ghazali berkata, langkah yang diambil
oleh CAT dalam mencipta penyelesaian inovatif untuk menggalakan pelancongan Negara adalah selari dengan usaha yang sedang diambil oleh MSC Malaysia dalam memajukan industri ICT tempatan.

“Kami di MSC Malaysia berharap dengan keupayan peningkatan pembangunan melalui geran, kami akan dapat lihat pertumbuhan inovasi yang ketara di kalangan syarikat tempatan yang mempunyai status MSC. Matlamat asas kami adalah untuk membentuk syarikat ICT bertaraf dunia yang menyediakan penyelesaian kepada
seluruh dunia,”kata Badlisham.
           
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Creative Advances Technology Sdn Bhd, Rohizam Md.Yusoff berkata,
 ilham penciptaan MyTOURS timbul apabila melihat rangkaian pembekal di peringkat industri berpecah-pecah sedangkan pada masayang sama, permintaan bagi pelancongan dalam talian daripada pengguna sangat besar dan semakin meningkat.
           
Beliau berkata, kejayaan MyTOURS bergantung kepada tiga ‘K’- iaitu Komersial, Kandungan dan Komuniti.Platform
Komersial membolehkan industri membina dan mempunyai gudang data bersepadu dan komuniti. Pengguna boleh membuat komen dan berkongsi pengalaman mereka terhadap produk atau perkhidmatan pelancongan dan memberi nasihat kepada orang lain mengenai tempat yang telah mereka lawati,” tambah beliau lagi.

 
 
Copyright (c) MyTOURS 2010 All Rights Reserved.  Terms Of Use