Home About MyTOURS Contact Us FAQ Register Now!

News

29 July 2009 - CAT Lancar Tempahan Pelancongan MyTOURS

CREATIVE Advances Technology (CAT) melancarkan sistem tempahan bersepadu dalam talian Pelancongan Malaysia atau MyTOURS, iaitu platform e-perniagaan pelancongan yang menggabungkan agensi kerajaan, pengguna dan pelbagai sektor dalam industri berkenaan.  

Platform dalam talian itu merangkumi maklumat mengenai Hotels2Go dan Flights2Go selain memaparkan teknologi lain berkaitan pelancongan meliputi keseluruhan rangkaian bekalan dalam industri pelancongan.  

CAT menerima geran pembangunan MyTOURS daripada MSC Malaysia (MSC) yang mana ia sebahagian rancangan MSC dalam membangunkan prasarana e-perniagaan kebangsaan yang akan membantu memacu dan menerajui perniagaan Malaysia ke dalam e-ekonomi.

Ketua Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata inisiatif CAT dalam mencipta penyelesaian inovatif untuk menggalakkan pelancongan negara adalah sejajar usaha yang sedang dilaksanakan MSC dalam memajukan industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tempatan.  

Katanya, menerusi penyaluran geran pembangunan kepada syarikat tempatan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) ia dapat memperlihatkan pertumbuhan inovasi yang ketara di kalangan mereka.

"Matlamat utama kami untuk membentuk syarikat ICT bertaraf dunia yang menyediakan penyelesaian menyeluruh kepada seluruh dunia," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

CAT, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan portal rasmi e-pelancongan Kementerian Pelancongan iaitu VirtualMalaysia.com turut mensasarkan 300 ejen pelancongan, penerbangan, hotel dan pembekal pelancongan menyertai MyTOURS.  

Sementara itu, Ketua Eksekutif CAT, Rohizam Md Yusoff, berkata ilham MyTOURS itu diperoleh apabila rangkaian pembekal industri didapati berpecah sedangkan permintaan pengguna bagi pelancongan dalam talian meningkat adalah tinggi.

 
 
Copyright (c) MyTOURS 2010 All Rights Reserved.  Terms Of Use