Home About MyTOURS Contact Us FAQ Register Now!

News

05 August 2008 - CAT Perkenal Sistem Tempahan Bersepadu Talian Pelancongan

Creative Advances Technology Sdn Bhd (CAT), syarikat yang membangukan portal rasmi e-pelancongan, VirtualMalaysia.Com memperkenalkan sistem tempahan bersepadu dalam talian pelancongan MyTOURS.

Sistem berkenaan adalah platform e-perniagaan pelancongan bersepadu yang menggabungakan agensi kerajaan, pelbagai sektor dalam industri pelancongan dan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rohizam Md.Yusoff, berkata platform dalam talian itu termasuk komponen seperti Hotels2Go dan pelbagai teknologi penting lain berkaitan pelancongan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan sistem terbaru itu akan menarik penyertaan 300 agen pelancongan,penerbangan,hotel dan pembekal pelancongan di seluruh Negara.

MyTOURS adalah sebahagian daripada rancangan MSC Malaysia membangunkan prasarana e-perniagaan yang akan membantu memacu dan menerajui perniagaan di Malaysia ke dalam e-ekonomi.

“Idea membangunkan sistem itu diperolehi apabila rangkaian pembekal di peringkat industri didapati berpacah sedangkan pada masa sama, permintaan pelancongan dalam talian mempunyai potensi tinggi dan semakin meningkat,” katanya.

 
 
Copyright (c) MyTOURS 2010 All Rights Reserved.  Terms Of Use