UNIUTAMA TRAVEL & TOURS SDN BHD (UTTSB) Uniutama Travel & Tours Sdn. Bhd. (UTTSB) adalah sebuah agensi pengembaraan dan pelancongan dibawah Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. (UMHSB), iaitu anak syarikat Universiti Utara Malaysia (UUM). UTTSB menjalankan operasi perniagaannya dalam kampus UUM iaitu di Lot 126 & 127 The Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah. UTTSB juga turut menawarkan perkhidmatan seperti pakej - pakej pelancongan dalam negeri dan luar negeri, tempahan tiket penerbangan ke seluruh dunia, tempahan hotel dalam negeri dan luar negeri, bas persiaran, pakej seminar, pakej umrah dan pengurusan hotel UUM (The University Inn). UTTSB ditubuhkan pada 7 Ogos 2002 selaras dengan meningkatnya keperluan dan permintaan untuk perkhidmatan menguruskan perjalanan bukan sahaja di kalangan kakitangan Universiti, malah diperluaskan peranannya merangkumi komuniti tempatan yang tinggal berhampiran. UTTSB mendapatkan lesen-lesen dan pelbagai keahlian yang diperlukan untuk beroperasi secara professional termasuklah keahlian MATTA (Malaysian Association of Travel & Tour Agent) dan IATA ( International Air Transport Association). Dengan ini, UTTSB dapat menawarkan khidmat yang menyeluruh termasuklah penempahan pelbagai penerbangan ke serata dunia. Selain itu, dengan adanya lesen dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP), UTTSB mendapat manfaat dari aspek pemasaran, promosi dan pengoperasian yang terjamin. UTTSB mempunyai kelebihan dari segi daya saing berbanding agensi-agensi pelancongan lain ialah mempunyai kuasa pasaran mutlak dari segi kawalan pasaran, di mana UTTSB akan mengambil alih pasaran pengembaraan dan pelancongan Universiti Utara Malaysia. UTTSB adalah kukuh dari segi kewangan dan pihak pengurusannya pula terdiri daripada ahli-ahli akademik dan mereka yang berkecimpung di dalam industri berkaitan perjalanan dan pelancongan.Perkongsian bijak di antara kedua-dua kumpulan perngurusan ini akan membawa peningkatan di dalam pengoperasian UTTSB demi menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional.  |